RIYADH 22 Mei – Sebuah pesawat Arab Saudi Airbus A330 membuat pendaratan cemas di barat bandar Laut Merah di Jeddah sehingga mencederakan 53 penumpang. Biro Penyiasatan Penerbangan (AIB) dalam satu kenyataan berkata, pesawat yang sedang dalam perjalanan dari Madinah ke Dhaka dengan 151 penumpang itu terpaksa mengalihkan perjalanannya ke Jeddah selepas mengalami masalah kegagalan sistem hidraulik. “Penumpang dipindahkan dengan pelucur kecemasan. 52 daripadanya cedera ringan manakala seorang penumpang wanita mengalami patah tulang semasa pemindahan dan kini menerima rawatan. “AIB telah menjalankan siasatan ke atas kemalangan ini,” ujarnya. Media Arab turut…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya