SHAH ALAM 18 Mei – Empat geng curi motosikal yang bermaharajalela di sekitar daerah ini sejak tahun lalu tumpas dengan tertangkapnya 39 ahli kumpulan terbabit dalam Op Lejang Fasa 2 sejak Mac hingga April lalu. Geng yang terlibat ialah Geng Mat Ropie, Geng Tutuk Jeram, Geng Sayuti dan Geng Babang. Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, kesemua ahli geng terbabit ditahan di sekitar daerah ini dan mereka berumur antara 17 hingga 35 tahun. Menurutnya, susulan penahanan itu, pihak polis turut berjaya menyelesaikan sekurang-kurangnya 30 kes…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya