JAKARTA – Sembilan terbunuh manakala 40 orang lagi cedera dalam kejadian serangan bom bunuh diri di tiga gereja di Surabaya hari ini. Pengebom bunuh diri dilaporkan memasuki gereja sebelum meletupkan diri mereka ketika penganut agama Kristian sedang bersembahyang. Kejadian kira-kira pukul 8 pagi itu berlaku hampir serentak di tiga gereja berasingan iaitu Gereja Katolik Santa Maria Tak Bercela, Gereja Kristen Indonesia dan Gereja Pantekosta, menurut polis Indonesia. Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terbunuh dalam kejadian itu, kata jurucakap Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia. Polis Indonesia kini mempertingkatkan lagi kawalan keselamatan di kota…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya