PERMATANG PAUH 21 Mei – Polis Seberang Perai Tengah (SPT) menahan dua lelaki yang menaiki kereta dalam keadaan mencurigakan di tepi jalan pasar awam Permatang Pauh malam tadi. Ketua Polis Daerah SPT Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, polis menemukan satu plastik lutsinar mengandungi cebisan daun kering disyaki dadah jenis ganja seberat 7.5 gram (g) daripada salah seorang suspek ketika menahan mereka pukul 9.35 malam tadi. Menurutnya, hasil siasatan lanjut ke atas kereta yang dinaiki kedua-dua mereka yang berasal dari Pokok Sena dan Alor Setar, Kedah itu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya