KUALA LUMPUR – Polis Kuala Lumpur menahan 17 individu termasuk tiga wanita bagi membantu siasatan pembunuhan seorang remaja lelaki akibat dibelasah sekumpulan remaja berhampiran sebuah restoran makanan segera di Taman Melati di sini pada Ahad lalu. Kesemua suspek berusia lingkungan 14 hingga 20 tahun itu ditahan dalam beberapa serbuan sekitar kawasan Wangsa Maju selepas pihak polis menerima panggilan berhubung penemuan mayat seorang lelaki pada pukul 4.31 pagi. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, siasatan awal mendapati pergaduhan tersebut bermula di pekarangan kawasan letak kereta sebuah stesen minyak…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya