KUALA LUMPUR 16 Mei 2018 – Sebanyak 16 buah kenderaan polis dan sebuah trak telah masuk ke pekarangan rumah Datuk Seri Najib Tun Razak dipercayai untuk mengambil dokumen-dokumen bagi dijadikan bahan bukti mengaitkan bekas perdana menteri itu dengan beberapa kes yang didakwa membabitkan penyelewengan termasuk 1MDB. Kenderaan dan trak polis itu dilihat memasuki rumah Najib di Jalan Langgak Duta pada pukul 10.35 malam. Sebelum itu Najib telah keluar menunaikan solat sunat tarawih di Masjid Kampung Baru. – UTUSAN ONLINE
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya