RAMALLAH 28 Mei – Tentera Israel membuat serbuan ke atas kem pelarian Palestin di Tebing Barat dalam memburu suspek kematian anggota tenteranya. Bepuluh-puluh tentera Zionis memasuki Kem Pelarian Amari di Ramallah pagi ini dan menutup semua pintu keluar. Menurut Kementerian Kesihatan, susulan itu, sekurang-kurangnya 13 penduduk Palestin cedera ringan dan sederhana dalam serbuan itu apabila tentera melepaskan gas pemedih mata dan peluru. Sementara itu, penduduk berkata, sebilangan penduduk Palestian telah ditangkap walaupun tiada pengesahan atau kenyataan daripada tentera. Tentera Israel kemudian berundur dari kem tersebut- AFP .
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya