PORT DICKSON 29 Mei – Seperti tahun-tahun sebelum ini, Ancasa Residences di sini tidak melepaskan peluang untuk memperkenalkan menu istimewa yang akan disajikan sepanjang bulan Ramadan. Berdasarkan maklum balas menggalakkan daripada para pelanggan tahun lalu, Ancasa Residences mengekalkan konsep masakan dengan citarasa kampung untuk memenuhi selera berbuka puasa kali ini. Bertemakan ‘Kampong Boy’, gabungan idea beberapa orang cef berpengalaman dalam masakan tradisional Melayu khususnya hidangan tradisional Negeri Sembilan telah menampilkan kelainan dalam menu yang disajikan. Menurut Ketua Cef, Yoahanis Jalaludin, lebih 120 menu sajian Melayu ditawarkan antaranya masak lemak cili…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya