MANILA 14 Mei – Dua tentera dan 10 anggota kumpulan militan Abu Sayyaf dilaporkan terbunuh dalam pertempuran ketika cubaan membebaskan tebusan daripada militan. Pertempuran berkenaan terjadi di Tanum, perkampungan terpencil di bandar Patikul, selatan negara ini pada pukul 6.15 pagi semalam. Menurut Komander Pasukan Tindakan Bersama Sulu, Cirilito Sobejana, insiden berbalas tembakan itu berlanjutan selama sejam. Tambah Sobejana, anggota tentera terlebih dahulu melepaskan tembakan ke arah Abu Sayyaf. “Tindakan kami adalah terhad dan diatur agar tidak mencederakan tebusan. Tentera kami sedang menjejaki dua anggota polis wanita yang diculik pada bulan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya