GAZA 26 Mei – Sekurang-kurangnya 109 penduduk Palestin cedera selepas ditembak oleh tentera Israel sewaktu pertempuran di sepanjang sempadan Gaza-Israel semalam. Menurut agensi berita Xinhua, antara mangsa yang cedera termasuklah empat kanak-kanak dan sembilan wanita. Tiga daripada mangsa berkenaan dilaporkan berada dalam keadaan kritikal selepas ditembak tentera rejim Zionis pada bahagian kepala. Meskipun berdepan cuaca panas ketika bulan Ramadan, ia tidak mematahkan semangat penduduk Palestin untuk terus mengadakan protes di timur sempadan Genting Gaza. Lebih 120 orang penduduk Palestin telah terkorban manakala beribu lagi cedera sejak protes dikenali sebagai Great…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya