MANCHESTER 15 Mei – Kira-kira 100,000 penyokong Manchester City membanjiri jalan sekitar bandar tersebut bagi meraikan kejayaan pasukannya dengan berarak bersama trofi Liga Perdana Inggeris hari ini. Jurulatih skuad Citizens, Pep Guardiola meraikan detik bersejarah itu dengan menaiki bas dua tingkat tidak berbumbung bersama kakitangan dan anak-anak buahnya. Hanya penjaring terbanyak, Sergio Aguero tidak dapat meraikan bersama susulan menjalani rawatan di negaranya, Argentina setelah mengalami kecederaan di lutut sebagai persediaan ke Piala Dunia, termasuk David Silva yang bersama anak kecilnya di Sepanyol. Dalam pada itu, Guardiola berkata, buat masa ini…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya