ALOR SETAR 7 Feb. – Lee Zii Jia mengakui teruja kerana diberi kepercayaan untuk menggalas cabaran selaku perseorangan pertama negara dan menyumbang mata pertama dalam aksi Kumpulan C menentang Myanmar di Kejohanan Badminton Berpasukan Asia di Stadium Sultan Abdul Halim, di sini sebentar tadi. Dalam aksi tersebut, pemain berusia 20 tahun itu meraih kemenangan 21-3, 21-10 ke atas Phone Pyae Naing dalam aksi yang memakan masa 20 minit. Bagaimanapun dia menyifatkan kemenangan hari ini sebagai pemanas badan buat dirinya kerana paling penting ialah pertemuan terakhir peringkat kumpulan menentang Taiwan, esok…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya