KUALA LUMPUR – Bagi mereka yang tidak mahu menghabiskan sejumlah wang yang banyak untuk memiliki sebuah telefon baharu dengan spesifikasi sederhana, jenama telefon pintar dari Perancis, Wiko menawarkan model terbaharunya, Wiko Sunny2 Plus pada harga mampu milik. Ditawarkan pada harga RM249 termasuk cukai barangan dan perkhidmatan (GST), Wiko Sunny2 Plus didatangkan dengan skrin lima inci (12.7 sentimeter), cip pemprosesan empat teras dan menggunakan sistem operasi Android Nougat. Model tersebut turut memiliki kamera hadapan dua megapiksel dan kamera lima megapiksel di bahagian belakang dengan pelbagai mod yang menarik untuk pengambilan gambar secara kreatif. Wiko…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya