ALOR SETAR – Seorang lelaki warga emas maut selepas motosikal dinaikinya dirempuh sebuah kereta di Jalan Padang Perahu-Jitra, Kodiang dekat sini semalam. Kejadian kira-kira pukul 6.30 petang itu berlaku ketika mangsa, Mansor Saad, 73, membonceng motosikal ditunggang rakannya, Ramlan Abu Bakar, 57. Mansor yang mengalami kecederaan parah pada kepala dan beberapa bahagian badan meninggal dunia di wad kecemasan Hospital Jitra manakala penunggang motosikal masih dirawat di hospital sama. Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd. Ismail Ibrahim berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila motosikal jenis Comel Manja 125 dinaiki kedua-dua mangsa…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya