KEPALA BATAS 6 Feb. – Seorang warga emas maut selepas dihempap tangki air ketika mengalihkannya ke dalam kontena forklif di Kampung Selamat dekat Tasek Gelugor di sini petang ini. NOORZAINY MOHD. NOOR Dalam kejadian kira-kira pukul 2.52 petang itu, mangsa yang berusia 68 tahun sedang mengalihkan tangki itu bersama seorang pekerjanya sebelum ia jatuh lalu menghempap sisi kiri kepalanya. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asiaten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, anak mangsa kemudiannya menghubungi pihak polis dan bomba untuk mendapatkan bantuan. Menurutnya, mangsa dihantar ke Hospital Kepala Batas (HKB)…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya