SEBERANG PERAI – Seorang wanita berusia 60 tahun ditahan reman selama seminggu bermula semalam bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang pembantu rumah Indonesia akibat didera di Taman Kota Permai, Bukit Mertajam. Perintah reman yang berkuat kuasa semalam dan berakhir 19 Februari depan itu dikeluarkan oleh Pendaftar Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, Nor Hapipah Abdullah. Wanita berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Terdahulu warga emas yang memakai baju berwarna biru tiba di mahkamah pada pukul 9.40 pagi dengan diiringi anggota polis. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya