KUALA NERUS – Seorang wanita terselamat walaupun kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dipandunya hangus terbakar dalam satu kemalangan di hadapan Sekolah Kebangsaan Bukit Guntong di sini hari ini. Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Nerus, Penguasa Bomba Kanan II Badrol Hisham Othman, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.07 petang sebelum lima pegawai dan anggota dengan kekuatan sebuah jentera dikerahkan ke tempat kejadian. “Setibanya di lokasi kira-kira 10 minit kemudian, terdapat sebuah MPV jenis Proton Exora sedang terbakar selepas dipercayai bertembung dari arah depan dengan kereta jenis Honda Civic…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya