KOTA TINGGI 10 Feb.- Seorang pemandu wanita maut apabila kereta yang dipandu terlibat kemalangan di Kilometer (KM) 34.0 Jalan Johor Bahru-Mersing, dekat sini hari ini. Dalam kejadian pukul 8.45 pagi itu, Sim Lee Peng, 36, beralamat di Kampung Gembut, Jalan Tanjung Sedili di sini meninggal dunia di tempat kejadian disebabkan cedera di badan. Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Ahsmon Bajah berkata, mangsa yang memandu kereta jenis Proton Wira dari arah Kota Tinggi ke Johor Bahru masuk laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah kereta jenis Proton Persona yang dari bertentangan.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya