BATU GAJAH 8 Feb. – Seorang wanita menemui ajal setelah tercampak keluar dari kenderaan yang dinaikinya dalam kemalangan berhampiran Stesen Bas Transit Batu Gajah di sini hari ini. Mangsa, Fauzidah Ahmad, 46, yang duduk di bahagian penumpang hadapan kereta jenis Perodua Kancil maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, wanita terbabit tercampak setelah kereta yang dinaikinya bersama seorang lelaki terbabas lalu melanggar pembahagi jalan. Katanya, sepasukan anggota dihantar ke lokasi kejadian setelah menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.28 malam. “Semasa bomba tiba di…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya