KUALA LUMPUR 12 Feb. – Keadaan penutup saluran air di sepanjang Jalan Chan Sow Lin dan Jalan Tun Razak di sini yang tenggelam selepas permukaan jalan diturap berkali-kali telah membentuk lubang yang boleh mengundang kecelakaan kepada pengguna khususnya pembonceng motosikal. Video oleh Mohamad Athir Ismail Walaupun turapan tersebut menjadi jalan rata, namun masalah lain timbul apabila ia membentuk lubang-lubang sedalam lima hingga 15 sentimeter atau sejengkal. Lebih memburukkan keadaan, kedudukan lubang berkenaan yang agak di tengah jalan menyebabkan ramai pengguna tidak sedar dan ‘terperangkap’ dalam lubang berkenaan. Penunggang motosikal terdedah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya