ALOR SETAR 8 Feb. – Sebuah kereta yang diletakkan dalam kawasan Sekolah Kebangsaan (SK) Paya Kemunting dekat sini terbakar hampir 90 peratus dalam satu kejadian pada kira-kira pukul 2 petang hari ini. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Penguasa Bomba Mohamad Mustakim Mukhtar berkata, kereta jenis Honda CRV yang terbakar itu milik guru yang mengajar di sekolah tersebut. Menurutnya, sebuah jentera membabitkan lima anggota bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut kira-kira pukul 2.28 petang. “Pihak bomba masih belum mendapat maklumat mengenai punca kebakaran dan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya