KUALA LUMPUR 13 Feb. – Tiada perkakasan elektronik mahupun fail penting terlibat dalam kebakaran bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Jalan Gasing, Petaling Jaya dekat sini hari ini. SOIMAN JAHID Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat, Datuk Soiman Jahid (gambar) berkata, hanya sebahagian fail di tingkat enam sahaja yang terbakar namun sudah disahkan sebagai fail-fail tidak penting. “Kebakaran membabitkan lima peratus bangunan iaitu bahagian luar tingkat satu hingga tingkat enam manakala bahagian dalam pula cuma dimasuki asap sahaja,” katanya dalam sidang akhbar selepas selesai kerja pemadaman api dilakukan.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya