JOHOR BAHRU 11 Feb. – Seramai 35 ahli Geng 360 dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pagi ini atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang dan membantu kumpulan itu sejak tiga tahun lalu. Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh berusia antara 20 hingga 69 tahun ini selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa dalam bahasa Mandarin dan Tamil di hadapan Hakim Jailani Rahman. Berdasarkan kertas pertuduhan 34 daripada mereka didakwa menjadi ahli kumpulan jenayah terancang ‘Geng Jin Jee Tong’. Mereka didakwa mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya