BINTULU – Penduduk di bahagian ini dikejutkan dengan penemuan seekor ular sawa gergasi ‘anakonda’ di sebuah kawasan hutan di Kelawit, Tatau di sini semalam. Reptilia gergasi sepanjang kira-kira 7.16 meter dan berat mencecah 200 kilogram itu ditangkap oleh penduduk rumah panjang kira-kira pukul 5 petang. Ular sawa gergasi tersebut kemudian dibunuh dan dibawa balik ke rumah panjang untuk tindakan lanjut. Difahamkan, ini merupakan kali pertama ular gergasi ditangkap di Sarawak. – K! ONLINE
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya