KUALA LUMPUR 9 Feb.- Eko lasak bakal menjadi satu lagi bidang sukan yang mampu menarik minat dan penyertaan ramai rakyat Malaysia. Justeru, pengedar barangan sukan terbesar tempatan, United Fitness and Leisure Sdn. Bhd. (UFL) mahu memperluaskan kerjasamanya dengan pelbagai lagi butik-butik barangan sukan lasak di seluruh negara agar dapat meletakkan Malaysia ke peta sukan lasak dunia. Pengarah Urusan UFL, Datuk Radha Krishnan berkata, antara usaha yang dilakukan adalah memperkukuhkan kerjasama dengan penyedia barangan sukan lasak Corezone yang baru saja membuka butik di Lightbox, Sungai Buloh, Selangor. Walaupun kerjasama itu telah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya