PUTRAJAYA 12 Feb. – Kerajaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) menyatakan komitmen untuk membantu menyelesaikan kes penahanan jurutera awam warga Malaysia, Richard Lau di Dubai mengikut lunas undang-undang negara tersebut. Kenyataan Konsulat Jeneral Malaysia di Dubai memaklumkan, perkara tersebut diberitahu oleh Menteri Perundangan UAE, Sultan Saeed Al Badi kepada Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dalam satu sesi perbincangan di Jumeirah, Dubai hari ini. “Tujuan Anifah berjumpa Menteri Perundangan UAE adalah untuk memohon bantuan dan kerjasama kerajaan UAE dalam menyelesaikan segera isu berkaitan penahanan Richard. “Semasa sesi perbincangan berkenaan, Menteri Perundangan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya