KUALA LUMPUR 12 Feb. – Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tegas terhadap majikan yang menganiaya dan melakukan perbuatan tidak berperikemanusiaan terhadap pembantu rumah mereka. Naib Pengerusi Kanan MCPF, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, penderaan fizikal dalam apa jua bentuk tidak boleh diterima dan hukuman setimpal perlu dikenakan terhadap pelaku. “Para pesalah perlu dituduh di mahkamah sekiranya terdapat bukti yang mencukupi manakala Jabatan Imigresen pula harus menyenaraihitamkan majikan berkenaan dan menghalang mereka daripada mendapatkan khidmat pembantu rumah. “Penderaan sedemikian boleh digambarkan sebagai ‘jenayah kemanusiaan’…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya