KUALA LUMPUR 12 Feb. – Kevin Ramalingam menyifatkan tindakan Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) mendedahkan segelintir pemain skuad Bujang Senang terlibat dalam sindiket mengatur perlawanan sebagai kurang bijak jika dilakukan tanpa bukti yang kukuh. Ketua Pegawai Eksekutif Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) itu berkata, FAS perlu lebih berhati-hati dalam memberi kenyataan melibatkan isu sensitif. “Kenyataan yang dikeluarkan adalah terburu-buru dan kurang bijak jika dilakukan tanpa sebarang bukti untuk menyokong. Saya fikir tiada pihak yang sepatutnya memberi kenyataan serius seperti ini. “Apabila kenyataan seperti itu dibuat ia boleh menimbulkan kekeliruan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya