PARIS 9 Feb. – Terapi berasaskan realiti maya yang digabungkan dengan rawatan standard berupaya mengurangkan kesan paranoid dan kepenatan dalam kalangan pesakit yang menghidap masalah kemurungan. Menerusi kajian klinikal yang dilakukan oleh Universiti VU di Belanda terhadap 116 orang pesakit, rawatan menggunakan aplikasi realiti maya dapat mengurangkan tekanan interaksi sosial dalam kalangan mereka. Dianggarkan sebanyak 90 peratus pesakit kemurungan berdepan dengan pemikiran paranoid yang mendorong mereka berkelakukan yang tidak sepatutnya. Keadaan itu juga menyebabkan pesakit mengelak daripada orang ramai dan membuat hubungan dengan mereka, selain gemar bersendirian. Ketua pengkaji, Roos…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya