KEJUTAN paling dahsyat adalah saat kita menerima berita tentang kematian seseorang. Ia menjadi lebih terkesan sekiranya kematian itu membabitkan orang yang dekat dengan kita seperti ahli keluarga, sahabat handai, rakan sekerja atau kenalan. Di media-media massa pula misalnya, cerita-cerita tentang kematian merupakan satu elemen penting pemberitaan apatah lagi jika ia membabitkan golongan ternama atau kejadian yang luar biasa. Jika diperhalusi, ajal datang dalam pelbagai cara. Ada yang meninggal dunia disebabkan penyakit, kemalangan, kes jenayah, dibelit haiwan berbisa dan sebagainya. Pendek kata, tiada satu hari pun dalam hidup kita sunyi daripada…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya