HUALIEN, TAIWAN 7 Feb. – Para penyelamat di bandar ini berhempas pulas mencari mangsa yang terperangkap di dalam bangunan-bangunan yang hampir tumbang selepas berlakunya kejadian gempa bumi yang mengorbankan sekurang-kurangnya enam orang dan mencederakan lebih 250 yang lain. Setakat ini, 60 disahkan hilang dalam bencana itu. Pihak berkuasa masih belum dapat memastikan jumlah sebenar penduduk yang masih hilang apabila gempa bumi berukuran 6.4 magnitud itu melanda bandar pelancongan ini lewat malam tadi. Usaha-usaha menyelamat tertumpu kepada sebuah bangunan 12 tingkat Yun Tsui yang turut menempatkan sebuah restoran, kedai dan hostel.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya