KUALA LUMPUR – Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud hari ini menerima suratcara pelantikan bagi menyambung khidmatnya selama empat tahun daripada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V di Istana Negara, di sini. Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan Kepada Yang Dipertua Negeri Sarawak itu turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Selain itu Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Abdul Rahman Zohari Tun Openg, Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk S. A. Vigneswaran dan Ketua Hakim Negara, Tun Md. Raus Sharif turut hadir pada istiadat tersebut. Ini merupakan penggal kedua Taib dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya