Taib Mahmud terima suratcara pelantikan Yang Dipertua Negeri Sarawak daripada Agong - Utusan Malaysia

Taib Mahmud terima suratcara pelantikan Yang Dipertua Negeri Sarawak daripada Agong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud hari ini menerima suratcara pelantikan bagi menyambung khidmatnya selama empat tahun daripada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V di Istana Negara, di sini.

Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan Kepada Yang Dipertua Negeri Sarawak itu turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Selain itu Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Abdul Rahman Zohari Tun Openg, Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk S. A. Vigneswaran dan Ketua Hakim Negara, Tun Md. Raus Sharif turut hadir pada istiadat tersebut.

Ini merupakan penggal kedua Taib dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak. 

Pada 1 Mac 2014, Abdul Taib mengangkat sumpah sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak ketujuh setelah meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak pada 28 Februari 2014. – Bernama 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya