ALOR SETAR 7 Feb. – Pasangan beregu muda negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani melengkapkan kemenangan 5-0 Malaysia dalam aksi Kumpulan C menentang Myanmar di Kejohanan Badminton Berpasukan Asia di Stadium Sultan Abdul Halim, di sini sebentar tadi. Dalam aksi terakhir itu, pasangan negara tidak berdepan masalah untuk mencatat keputusan 21-12, 21-9 ke atas pasangan Aung Myo Htoo-Chan Win Oo dalam aksi yang memakan masa 19 minit. Terdahulu, Lee Zii Jia dan Soong Joo Ven berjaya menyumbang dua mata buat Malaysia sebelum Iskandar Zulkarnain Zainuddin meraih mata ketiga selepas mengetepikan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya