SAYA ingin mengesyorkan kepada pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) agar memperluaskan perkhidmatan komuter ke utara sehingga ke Ipoh. Ketika ini perkhidmatan itu hanya sampai ke Tanjung Malim. Jika tidak boleh beroperasi setiap hari, sekurang-kurangnya pada setiap hujung minggu (Sabtu dan Ahad) dengan melibatkan dua perjalanan pagi dan dua perjalanan petang. Saya percaya syor ini akan memudahkan lagi perjalanan penumpang dari Kuala Lumpur ke Ipoh dan begitu juga dari Ipoh ke Kuala Lumpur. Ini berdasarkan kepada kemampuan komuter yang boleh membawa penumpang sehingga 1,200 orang dalam satu-satu masa. Berbanding Perkhidmatan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya