LONDON 7 Feb. – Dua kelab Liga Perdana Inggeris, Swansea dan Huddersfield Town terselamat daripada kejutan oleh kelab bawahan untuk mara ke pusingan kelima Piala FA. Pada aksi ulangan pusingan keempat awal pagi ini, Swansea membelasah Notts County 8-1 manakala Huddersfield bangkit daripada ketinggalan sebelum menang 4-1 ke atas Birmingham City dalam perlawanan yang berlanjutan ke masa tambahan. Namun tugas berat menanti Huddersfield kerana pada pusingan kelima nanti, mereka terpaksa berdepan Manchester United yang sudah pun layak lebih awal manakala Swansea akan bertemu kelab Liga Kejuaraan, Sheffield Wednesday. Sheffield Wednesday…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya