MEMASUKI edisi ketiga, program berbasikal Sutama Cyclo 3.0 MTB yang dianjurkan Persatuan Berbasikal Saujana Utama baru-baru ini berlangsung penuh meriah apabila berjaya menarik 400 penyertaan seluruh negara. Menjadikan Bandar Saujana Utama, Sungai Buloh Selangor sebagai lokasi pilihan, program tersebut menjadi platform penyatuan penggemar aktiviti jamboree basikal bukit yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur. Pelepasan program yang bermula seawal lapan pagi itu disempurnakan Timbalan Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, DSP Md. Noor Aehawan Mohammad. Presiden persatuan, Razali Abdul Rahman dalam kenyataan berkata, selain mempromosikan gaya hidup sihat, jamboree berbasikal yang dilaksanakan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya