JERANTUT – Hajat seorang anak muda menghabiskan masa empat hari dengan mandi pantai dan menikmati keenakan makanan di Phuket, Thailand tidak menjadi kenyataan apabila dia meninggal dunia di sebuah hospital di pusat peranginan itu malam kelmarin. Mohd. Nazmi Ahmad Zubaidi, 30, yang bekerja di Perodua Jerantut disahkan meninggal dunia pada pukul 10.55 malam di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Vachira akibat dijangkiti bakteria burkholderia pseudomallei. Kematian Mohd. Nazmi disahkan oleh adiknya, Mohd. Nazrin, 29. Menurut Mohd. Nazrin, abangnya yang masih bujang telah menaiki penerbangan ke Phuket pada 24 Januari lalu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya