LONDON 8 Feb. – Tottenham Hotspur tidak berdepan masalah untuk melangkah ke pusingan kelima Piala FA selepas menewaskan Newport County 2-0 dalam aksi kedua, awal pagi tadi. Dua jaringan tersebut diperoleh Spurs menerusi gol sendiri pemain lawan, Dan Butler sewaktu minit ke-26 sebelum Erik Lamela menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-34. Dalam perlawanan tersebut penjaring terbanyak Spurs, Harry Kane tidak diturunkan kerana direhatkan bagi menghadapi aksi Liga Perdana Inggeris menentang Arsenal pada Sabtu ini. – AGENSI
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya