PETALING JAYA – Pelakon filem KL Gangster, Sofi Jikan dibebaskan dengan jaminan polis hari ini selepas didapati positif dadah jenis ganja. Sofi Jikan, 48, dibebaskan selepas keterangannya diambil berhubung kes berkenaan dan ia akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya. Sofi Jikan yang berasal dari Terengganu sebelum ini ditahan reman selama tiga hari bermula Rabu lalu. Pelakon itu disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya serta perintah pengawasan sehingga tiga tahun jika sabit kesalahan.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya