ALOR SETAR – Pasukan wanita Malaysia meraih kemenangan mudah dengan menewaskan Filipina 5-0 dalam aksi Kumpulan Y Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2018 di Stadium Sultan Abdul Halim di sini, hari ini. Pemain perseorangan, Soniia Cheah tidak berdepan masalah menyumbangkan mata pertama Malaysia apabila mengalahkan Sarah Joy Barredo 21-7, 21-6, manakala Goh Jin Wei hanya mengambil masa 22 minit menewaskan Airah Mae Nicole Albo 21-6, 21-7 untuk mata kedua negara. Lim Yin Fun yang membuat penampilan pertama pada kejohanan berkenaan hari ini, tidak mengecewakan apabila memberi mata ketiga Malaysia setelah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya