TATAU – Banjir yang berlaku baru-baru ini menyebabkan Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Muput yang terletak di tebing Sungai Anap di sini mengalami kerosakan teruk akibat fenomena alam itu. Guru Besar SK Kuala Muput Tony Madup, 55, berkata, sekolah tersebut merupakan satu antara dua sekolah paling teruk terjejas akibat banjir di Daerah Tatau kali ini. “Untuk rekod ini adalah banjir kelima dialami sekolah sejak Disember. Kali pertama dan kedua berlaku sebelum dan selepas sambutan Hari Krismas, banjir ketiga pada 6-9 Jan, kejadian keempat pula pada 16-19 Januari dan yang terbaharu ini…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya