IPOH – Sebuah sindiket pemalsuan dokumen termasuk pasport dan buku nikah berjaya ditumpaskan selepas Jabatan Imigresen menahan seorang lelaki warga Indonesia dipercayai dalang sindiket tersebut dalam serbuan di sebuah rumah di Ampang, Selangor semalam. Dalam serbuan yang dilakukan pada pukul 10 malam itu, suspek yang berusia 44 tahun yang ditahan itu dipercayai pakar dalam melakukan pengubahsuaian pasport Indonesia, Bangladesh dan Pakistan. Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, apa yang menariknya, suspek melakukan kerja-kerja pengubahsuaian tersebut tanpa menggunakan peralatan dan teknologi canggih, sebaliknya hanya melakukannya secara manual atau tradisional. …
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya