MENJELANG Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) tidak lama lagi, banyak pihak mula meramalkan nama-nama calon yang bakal bertanding. Ada yang cuba menaakul nama-nama muka baharu dan tidak kurang juga calon-calon ‘lama’ yang masih berpengaruh dijangka membuat kemunculan semula. Antara nama yang disebut-sebut ialah Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil. Ramai pemerhati politik berpendapat Ketua Wanita UMNO itu wajar diberikan peluang untuk bertanding dalam PRU-14. Memang benar Shahrizat pernah tewas dan gagal mempertahankan Parlimen Lembah Pantai pada pilihan raya umum tahun 2008, namun kekalahan itu bukan disebabkan beliau tidak melakukan sebarang kerja.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya