KUALA LUMPUR 12 Feb. – Firma penyelidikan hartanah, Rahim & Co Research Sdn. Bhd. (Rahim & Co) menjangkakan persaingan tinggi di dalam segmen rumah mampu milik kerana semakin banyak pemaju mengubah fokus ke arah itu. Pengerusi Eksekutifnya, Tan Sri Abdul Rahim Abdul Rahman berkata, rumah pada harga lingkungan RM250,000 ke RM500,000 sebuah berpotensi untuk menunjukkan prestasi yang baik pada 2018. Katanya, sektor kediaman mampu milik akan menyaksikan lebih banyak projek kategori tersebut yang didefinisikan sebagai berharga RM500,000 di Lembah Klang dan lebih rendah di negeri-negeri lain. “Walaupun berharga mampu milik,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya