Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Integrasi Gombak menjalin kerjasama dengan Seiko-Gakuin School dari Jepun sebagai salah satu platform untuk mengetengahkan hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) sains sekolahnya ke peringkat global. Pengetua SBP Integrasi Gombak, Nor Hayati Yusoff berkata, menerusi kerjasama ini kedua-dua pihak terutama pelajar dapat berkongsi pengetahuan dalam menghasilkan produk R&D yang diiktiraf antarabangsa. “Kerjasama ini juga terjalin hasil kejayaan pasukan R&D SBP Integrasi Gombak dalam pertandingan sains di Singapura pada tahun lalu,” kata beliau ketika ditemui dalam Persidangan Penyelidikan Sains 2018 di sekolahnya di Gombak, Selangor, baru-baru ini. Penganjur…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya