Seperti plot sebuah filem dengan heroinnya ‘dilakonkan’ oleh Nadia Zulkifli, 33, wanita ini pernah melalui detik yang sukar apabila ditinggalkan teman lelaki disebabkan penyakit ketumbuhan otak yang dihidapinya. Memang ada sahaja lelaki yang mahu mendekatinya untuk mengenal hati budi, namun apabila dia berkongsi tentang penyakit tersebut perlahan-lahan mereka menjauhkan diri. Sejak itu, dia sedar tiada lelaki yang mahu memperisteri wanita sakit yang menunggu masa untuk mati. Jika melihat keadaannya pada ketika itu, ramai yang menjangka dia sudah tidak mempunyai harapan untuk hidup, sekiranya selamat sekali pun mungkin tidak normal apatah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya