BAGI penggemar sajian masakan tradisional Melayu, dengar sahaja lauk gulai kawah, ketam masak lemak, siput sedut pucuk paku, ikan bakar, udang sambal dan telur itik masak lemak sudah tentu membuatkan perut berkeroncong. Lebih-lebih lagi kuah tempoyak yang menggunakan ikan air tawar Sungai Pahang yang segar seperti ikan patin menambahkan lagi keenakannya pasti menjadikan hidangan itu sangat istimewa. Menyedari hakikat tersebut, Datuk Wan Noor Akyilah Wan Shapuddin nekad membuka Kafe Tok Mak di Taman Melawati, Ampang, Selangor yang menyediakan lebih 50 menu pilihan lauk dan masakan negeri Pahang untuk memenuhi selera…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya