STEPANOVSKOYE, Russia – Pasukan penyiasat semalam mengkaji pelbagai kemungkinan punca nahas udara terburuk di Rusia yang menyaksikan sebuah pesawat penumpang membawa 71 orang terhempas dekat Moscow beberapa minit selepas berlepas, mengakibatkan semua penumpang dan kru terkorban. Jawatankuasa Siasatan Rusia berkata, ia akan meneliti penjelasan seperti kesilapan manusia, kegagalan teknikal dan keadaan cuaca, namun tidak menyebut tentang keganasan sebagai punca nahas. Pesawat jenis Antonov An-148 itu jatuh di Kampung Stepanovskoye dalam daerah Ramensky, pinggir Moscow pukul 2.48 petang (waktu tempatan) selepas berlepas dari Lapangan Terbang Domodedovo di ibu kota Rusia berkenaan.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya