KUALA LUMPUR, 31 Jan. — Harga runcit mingguan bagi petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik dua dan tiga sen kepada RM2.33 seliter dan RM2.61 seliter bermula tengah malam ini hingga 14 Februari. Harga runcit diesel pula turun tiga sen kepada RM2.31 seliter, demikian menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan di laman sesawangnya hari ini. Bagi minggu sebelum ini, dari 1 hingga 7 Februari, harga runcit mingguan RON95 ialah RM2.31 seliter, RON97 (RM2.58 seliter) dan diesel (RM2.34 seliter). — UTUSAN ONLINE
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya